Monday 28 November 2011

Tentang Dhia

Views

Hai bloggie !

U alls tengok ta slot akasia TV3 setiap hari ISNIN - KHAMIS jam 7.00 malam cerita TENTANG DHIA ?


aku ? ta pernah miss cerite ni tau !
pukul 7 je da ade depan TV. HEHEH#

best woo. ;)

kepada yang tak tahu, aku ader copy paste sinopsisnya ;)


Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk.Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat diminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.




Cerita ni sangat menarik la bagi aku. Banyak pengajaran dari cerita ni.
So, u alls tengokla. Ta tipulaa. Memang best la ;)

U alls tengoklaa ni ;

Dhia dan Zikir 1st dating tau !


1st dating tau !

Babak romantik Zikir <3 Dhia


so sweet okay ! jeles ni. HAHAH#


Tabah betul si dhia ni. Zikir pulak sangat romantik.
Ader lagi ta lelaki macam zikir tuh ? Kalau ader, aku nak satu bole ? HEE#

aku harap cerita ni ending die bestla kan.
ZIKIR  DHIA


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ni ! Suke ? Like laa ♥

1 comments:

suci kaseh nurain said...

best kan citer nie..sy pun follow citer nie..sedih..

Copyright ©.All Right Reserved by Nor Aini™