Friday 16 August 2013

Saya Memaafkan

Views


Cuba kita latih fikiran kita dengan mengatakan :

  • saya memaafkan kerana saya komited untuk hidup dan menyayangi orang lain dengan hati yang terbuka.
  • saya memaafkan kerana tiada siapa yang sempurna. Kita semua pernah terluka dan melukai orang lain.
  • saya memaafkan kerana ia memberi kuasa kepada saya untuk menikmati kehidupan saat ini. 
  • saya tidak boleh mengubah masa lalu atau insan yang pernah menyakiti hati saya.
  • saya memaafkan kerana saya mahu hidup dengan aman dan mencintai insan lain tanpa konflik. 
  • saya terima bahawa setiap pengalaman dan cabaran dalam perhubungan adalah untuk mengajar saya mendalami erti kehidupan kasih sayang.
  • saya memaafkan kerana percaya pada kuasa kasih sayang dan keupayaan untuk sembuh, lalu berubah ke arah lebih baik.
  • saya memaafkan kerana sedar hanya saya yang bertanggungjawab atas kebahagiaan diri sendiri.
  • saya memaafkan sebagai tindakan ke atas rasa sayang dan hormat pada diri sendiri.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ni ! Suke ? Like laa ♥

Balik Kampung

Views


Hai semua.

Harituh raye korang balik kg mane ?

So, sape sape yg kenal aku, mesti da sedia maklum kan yang aku da menamatkan zaman bujang.
( bajet lettew ramai silent reader, padahal followers blog ade 36 sajo :p )
So taun ni, setelah da baling duit syiling 50 sen, nampaknye turn balik kg taun ni di penang belah husband. 
Tapi takpe confirm la taun depan turn balik pemanis pulak kan. Saya okay ; )
My very first time for Aidilfitri without my parents and family. wuwuwu 
Tapi takpela husband kan ade. I is happy ; )

So kalau time raye jgnle gado gado nak balik kg memasing.
Byk solution. Contohnye baling duit syiling 50 sen ke ape ke. kehkeh :p

Sape pernah nampak signboard cam kat gamba bawah ni ? hihihi :p


Pilihla jalan anda. hihihi :p
Anda yang menentukan. 


Kbai :D


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ni ! Suke ? Like laa ♥

Happy Eid Mubarak 2013

Views


Assalammualaikum
(Tak jawab DOSA, Jawab dapat PAHALA)
hihihi ; )


Update blog cume nak wish,

SHRMZB
( Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin )
pada semua yang mengenali saya.


Di Aidilfitri Mulia

Maaf Dipinta Andainya :-


TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena 
TERtanya yang tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana mana
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena mena
TERumpat bila bila
dan macam macam lagi yang adaaa macam astro tuh. hihihi :p


0 - 0 aaa
" Taqabballahu minna wa minkum "
Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kalian


Ikhlas daripada Noraini Binti Kamis & keluarga.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ni ! Suke ? Like laa ♥

Copyright ©.All Right Reserved by Nor Aini™