Thursday 21 June 2012

Pesanan Buat Hati

Views


Semoga pesanan buat hati dapat memujuk diri untuk lebih bersemangat.



Hati,
Saya sangat berharap saya dapat pujuk kamu untuk tidak merasa sedih atau berduka. Tapi kali ini saya tidak mampu. Kamu adalah kekuatan kepada segala keinginan yang ingin saya lakukan. Jadi jika kamu bersedih dan berduka, saya akan menjadi lemah padahal saya ingin menjadi seorang yang kuat.


Hati,
Walau apapun yang terjadi, harus kuatkan semangat ya. Jangan rasa takut. Tempuhi cabaran itu dengan positif.


Hati,
Andai apa yang berlaku pada kamu adalah yang terbaik ditakdirkan untuk kamu. Terima ia dengan terbuka, sentiasa percaya itu adalah jalan terbaik yang ditakdirkan untuk kamu, bersyukur atas segalanya.


Hati,
Jika satu hari kamu dapati diri kamu tidak mencapai apa yang kamu inginkan, janganlah kamu putus asa. Teruskan perjuangan dalam segala bidang yang bakal diceburi.


Hati,
Kamu adalah teman sejati diri, jika saya sedih tolong pujuk saya dan jangan biar saya berterusan hanyut dalam kesedihan kerana jika sedih saya tidak mampu tersenyum kepada semua padahal saya ingin semua sentiasa melihat saya tersenyum tanpa sedikit pun terlihat apa yang ada disebalik senyuman itu.


Hati,
Jika saya melakukan sesuatu keputusan yang salah, gerakkan dan sedarkan saya akan kesilapan itu agar saya dapat perbetulkannya dan tidak mengulangi kesilapan itu lagi di masa depan.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ni ! Suke ? Like laa ♥

0 comments:

Copyright ©.All Right Reserved by Nor Aini™