Friday 16 August 2013

Saya Memaafkan

Views


Cuba kita latih fikiran kita dengan mengatakan :

  • saya memaafkan kerana saya komited untuk hidup dan menyayangi orang lain dengan hati yang terbuka.
  • saya memaafkan kerana tiada siapa yang sempurna. Kita semua pernah terluka dan melukai orang lain.
  • saya memaafkan kerana ia memberi kuasa kepada saya untuk menikmati kehidupan saat ini. 
  • saya tidak boleh mengubah masa lalu atau insan yang pernah menyakiti hati saya.
  • saya memaafkan kerana saya mahu hidup dengan aman dan mencintai insan lain tanpa konflik. 
  • saya terima bahawa setiap pengalaman dan cabaran dalam perhubungan adalah untuk mengajar saya mendalami erti kehidupan kasih sayang.
  • saya memaafkan kerana percaya pada kuasa kasih sayang dan keupayaan untuk sembuh, lalu berubah ke arah lebih baik.
  • saya memaafkan kerana sedar hanya saya yang bertanggungjawab atas kebahagiaan diri sendiri.
  • saya memaafkan sebagai tindakan ke atas rasa sayang dan hormat pada diri sendiri.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ni ! Suke ? Like laa ♥

1 comments:

Copyright ©.All Right Reserved by Nor Aini™