Kan susa biler makan pakai tangan, sisa sisa mkanan terselit kat dalam kuku tuh.
Nampak tak uolsss ? Hah cengginilaa .
Mulakan mengerat kuku itu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mengerat dimulai jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya . Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati . Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari , kita juga perlu membuang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar , eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah , Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih .
Okay okay , saje na ingatkan . Arinih ari isnin kan ?
0 comments:
Post a Comment